bermulanya di sini

bermulanya di sini
DENGAN NAMA ALLAH

AHLAN!

SELAMAT DATANG kami ucapkan.
Semoga apa yang tercoret dalam blog ini membawa manfaat terhadap sesiapa yang membacanya.

ahli BOWM.

IQRA'!!!


ShoutMix chat widget

Rabu, Januari 27, 2010

berSABARlah berSOLATlah

Allahu bismikar Rahmanir Rahim...

يأيها الذين ءامنوا استعينوا بالصبر و الصلاة إن الله مع الصبرين
Wahai orang-orang yang beriman mintalah (pertolongan Allah) dengan bersabar dan bersolat, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar



Cukup ana bawakan 'satu' ayat untuk kita bersama bertadabbur bagi menambah iMan yang semakin menggawat. Firman Tuhan seperti yang tercoret sejak zaman Badwi. Sekiranya anda mahu meminta pertolongan Allah, maka banyakkanlah bersolat. Atau sekiranya tidak mampu, maka bersabarlah.

Sekadar pendapat SiPenyusunKasut~ yang dhaif. Maka, dipersoalkan kenapa harus dinyatakan 'hendaklah bersabar' terlebih dahulu?. Di sini, sewaktu tahap nilaian ana cetek. Ana mentafsir bahawa bersabar itu jauh lebih mudah. Berbanding solat, yang terbatas tanpa wudhu', tempat yang bersih, waktu yang halal dan pelbagai lagi. Tidak pula sabar yang bisa dipraktikkan di mana saja. Itu semestinya jauh lebih mudah.

Tapi, pernah seketika iMan ter-tinggi sedikit daripada sebelumnya. Eh?, lain pula tafsiran ana. Hakikatnya, sabar itu jauh lebih sukar hattalah lebih sukar daripada mengerjakan Solat. Sinonimnya, sabar itu letaknya bersama iMan dan taqwa. Kerna itulah sukarnya sabar. Meraih kesabaran yang sejati bukannye senang cek mek oi~ Semudah berkata "Aku sedang bersabar", kesabaran sejati itu gugur seberlalu. Disebabkan munculnya riya'. Sungguh bersabar itu ada tiga peringkat untuk mencapai hakiki.

  1. Permulaan amalan, sebagaimana kita membetulkan kembali niat kita sebelum melakukan apa-apa amalan. Pastikan lillahi ta'ala.
  2. Pertengahan amalan, bersabar daripada tergelincir ke lembah riya'. Ketika melakukan amalan membersihkan diri daripada memikirkan ganjaran daripada manusia atau sehina pujian yang membangkitkan riya'.
  3. Penyempurnaan amalan apabila kita bersabar setelah melakukan sesuatu amalan. Tidak mengungkit-ungkit amalan yang dilakukan supaya dipuji atau diberi ganjaran.
Hoh?. Baru korang entum sedar betapa sukarnya sabar [poin hakikat sabar dipetik daripada kuliah subuh Ust Zainal Arifin]. Ek eleh~ Setakat solat, aku pown bleh buat. Tak kesah le dengan riya' ataupun ikhlas, janji solat. Tapi, kalo nak bersabar dalam solat [mengikut kriteria di atas] memang aku angkat bendera putih. Oi~ susah gila amat. Cheh~ Acah saje, yang bendera putih tu ana amek balik buat kain sejadah. Ni nak try solat dengan kesabaran hakiki. Huh?. entum bila lagi nak solat dengan sabar?.


Sungguh solat itu sendiri menjadi sebahagian daripada caranya bersabar. Memadam api kemarahan dengan duduk, kemudian mengambil wudhu', kemudian bersolat. InsyaAllah padamlah api kemarahan.

SubhanAllah Wa Alhamdulillah sehinggalah dinyatakan dalam Surah Al-'Asr. Termasuklah mereka yang menasihati kepada kesabaran. Kaitannya, untuk menasihati seseorang perlu terlebih dahulu kita sendiri bersabar. Bersabar. Tidak pula solat. Kerana sesiapa jua boleh melakukan solat, tapi hatinya berkontena tan matriks dengan riya'. Bahkan pula ada golongan yang bersolat yang dikeji. Yakni mereka yang bersolat, tetapi hatinya lalai. Tidak pula dikeji mereka yang bersabar. Maka sabarlah duhai jiwa si penulis. Jangan kau riya' sedang ilmu yang Allah kurniakan tidak sekali-kali menjadikan kau insan sempurna. Astaghfirullah~

اللهم اجعلنا من الذين يسمعون القول فيتّبعون أحسنه

اللهمّ إفتح خير هذه اللّيل و إفتح نورها و بركتها و لا تفتح لنا شرّ هذه اللّيل و شرّ ما فيها وشرّ ما بعدها

SiPenyusunKasut~

1 ulasan:

amin.mh berkata...

Innallaha ma'assobiriin..

AtTabi'ien