bermulanya di sini

bermulanya di sini
DENGAN NAMA ALLAH

AHLAN!

SELAMAT DATANG kami ucapkan.
Semoga apa yang tercoret dalam blog ini membawa manfaat terhadap sesiapa yang membacanya.

ahli BOWM.

IQRA'!!!


ShoutMix chat widget

Khamis, Januari 07, 2010

.dasar pelangi tahukah anda?.


*Asif bi asfan asifa. Ana sudah kejumudan post. Malam ini, ayo muhasabah lagi!


Panah hujan (rainbow) kali pertama ana lihat ketika di Sekolah Rendah Hidayah JB selepas berwudhu'. Itu kali pertama meliatnya. Cukup, sekadar repek untuk senaman regang. Di sebalik 7 warna kesemuanya, tahukah anda ada rahsia?.

PUTIH

Jadi, ada apa dengan putih?. Itukan peka sains darjah 5. Ana mengajak entum semua memikir sejenak, dan kaitkannya dengan kita. Cuba, apa di fikiran anda?. Pasti banyak tafsirannya bukan?. Jika entum rasa perlu entum jadikannya ilmu tambahan, sahlan wa ahlan.

Jadi, ini pula apa yang ana fikirkan. PELANGI itu bervariasi. Tapi asalnya satu. Datang dari sang mentari yang satu. Tercipta dari Tuhan Yang Maha *Esa. Juga daripada fikrah pemikiran yang satu. Tapi, terpecah menjadi 7 warna yang indah. Kalaupun Tuhan menciptakan alam ini daripada hitam dan putih, itu sudah cukup untuk membuatkan ummat Muhammad bersujud. Tapi, sang Tuhan tambahinya dengan 7 warna lagi.

Untuk diuji siapa dalam kalangan kalian yang bersyukur.

Sama ada mereka merakusinya sebagai Istidraj, ataupun kita menginsafinya sebagai alasan dan musabab untuk bersujud. Ameen. Allah datangkan 7 warna di dunia sebagai fitnah yakni ujian. Jadi, anda sudah bersedia untuk ana GONCANGKAN?.

أم حسبتم أن تدخلوا الجنه و لما يأتكم مثل الذين من قبلكم ، مستهم البأسآء و الضرآؤ و زلزلوا حتى يقول الرسول و الذين ءامنوا معه متى نصر الله ، ألأ إن نصر الله قريب

Itu simpulan untuk entum pegangkan hingga ke akhiran post ini. Al-Baqarah 214. Maka, ini ana sampaikan kejelasan. Sungguh apa jua warna, dasarannya pasti putih?. Faham bagaimana?. Begini, katakan warna apa yang entum mau lihat?. Biru?. Hah, sekarang cuba contengkan di mana sahaja untuk entum lihat keputusannya. Walau apapun hasil yang entum dapat, hanya contengan di atas kertas putih yang mendapat keputusan yang diingini. Betul bukan?. Warna kuning, conteng atas kertas putih hasilannya juga kuning. Hijau, conteng kertas putih jadi hijau. Hattalah apapun warna. Sekalipun HITAM. Itulah jika dasarnya putih. Yang menjadikan sesuatu itu pening hanyalah apabila dasarnya bukan putih (fitrah). Secontoh, biru diconteng atas kertas kuning hasilnya hijau. Hasilnya berlainan. Adakah warna prinsip anda berdasarkan keputihan FITRAH?!

Pasti anda tertanya-tanya kenapa ana gunakan saiz fon yang besar untuk perkataan HITAM bukan?. Nah! goncangan kedua ana. Malaikat itu dicipta daripada cahaya. Cahaya itu tiada warna induknya kecuali putih. Walaupun malaikat itu dinisbahkan kepada berJUBAH HIJAU, hiraukan sebentar perihal itu. Fokusnya cuma putih, ingat!. Daripada putih itu, bisa pula dihasilkan cahaya biru, cahaya hijau, cahaya merah, cahaya kuning dan sebagai. Jadi, berikan ana contoh lampu yang menghasilkan cahaya hitam. Cuba anda cari. Pernahkah wujud?. Hakikat hitam itu sendiri bukanlah cahaya. Putih itu ana nisbahkan kepada akhlaq yang mulia atau BAEK CAM MALAIKAT. Hitam itu pula selalu di nisbahkan kepada kejahatan. Mampukah hitam menepati ciri cahaya?. Tidak!. Jika anda menyanggah persepsi ana, jangan nak buat lawak dengan ana. Paling koman pun tinggalkan comment! Ada pahamm. Lebih kurangla kalau entum katakan "Eh, kalau conteng crayon atas kertas hitam jadi jugak, haha enta tak semestinya betul Iyadh!". Hisy melawak pecah perut, loya buruk tidak diterima. Soalan, Adakah warna prinsip yang anda katakan dasarnya putih tadi dicampuri kehitaman MAKSIAT?!

Terkadang mungkin diri kita ASYAD dan SYADEED. Tapi, kita harus menerima hakikat alam ini janggal jika hanya PUTIH dan HITAM. Lalu didatangkan warna-warni untuk menyerikan alam. Untuk kita nikmati. Walaupun rumput itu hijau bukannya putih yang fitrah, ia tetap berguna untuk merehatkan mata ana yang asyik memandang komputer ni. Walaupun malam itu hitam, ia tetap berguna untuk menyenangkan tidur ana yang dah penat menaip ni. Untuk kita syukuri keindahannya. Walaupun peribadi seseorang itu tidak putih, terimalah seadanya. Supaya maghfiratullah itu berfungsi. Kerana itu adanya Syadid dan Tanazul. Perlu ada yang diringankan. Sememangnya hukum solat itu Wajib!. Tapi bila makanan sudah terhidang, kenapa pula harus makan dahulu?. Hukuman mandatori zina yang sudah berkahwin rejam sampai mati. Tapi, hukuman itu haram dilakukan sebelum dikemukakan bukti. Eh? kata hukumnya mandatori. Ada keadaan yang merubah TERTIB hukum. Itulah jika cantiknya Islam. Setelah digoncang oleh ana, hanya bantuan Allah yang membantu memahamkan bicara ana. Di akhir semua segala, kita akan merasakan seluruh alam yang indah penuh warna-warni ini seumpama senyuman daripada Allah yang menghargai *sarwa segala penat lelah usaha kita untuk memakmurkan bumi Allah.

Yang khilaf itu bukan Allah, tapi ana. Yang membuka hati entum itu bukan kalam ana, tapi Allah.
Sekian wassalam~


GRAMATIS
*Asif bi asfan asifa = hanya rekaan ana untuk meminta maaf sangat2
*esa = hanya khusus untuk merujuk satu seperti ahad tiada perkataan seumpama untuk memaksud dua
*sarwa = segala/semua

2 ulasan:

amin.mh berkata...

"Aku adalah apa yang hambaKu sangkakan" (hadis Qudsia)

pembaca terpilih berkata...

alhamdulillah.ilmu Allah itu amat luas.luas-seluas-luasnya.semakin banyak ilmu yg kita dengar& pelajari, rupanya semakin banyak yang kita tidak tahu.

namun,hanya dgn petunjuk dan hidayah Allah shj kpd hambanya yg terpilih dpt memberi kita kefahaman,penghayatan,keyaqinan (iman),taqwa (takut) kpd Allah dlm sesuatu ilmu.walaupun pd dasarnya spt kita dah dgr & tahu ttg ssuatu ilmu itu.

-Allahu ya'lamu maa fis samawati wal ardh

-wallahu ya'lamu wa antum la ta'lamun

teruskan mndalami ilmu2 Allah yang masih banyak yg belum kita selongkar.sebarkannya,moga semua semakin yaqin dgn Allah..

moga allah ganjari usaha ini dgn sebaik2nya.amin..

AtTabi'ien