bermulanya di sini

bermulanya di sini
DENGAN NAMA ALLAH

AHLAN!

SELAMAT DATANG kami ucapkan.
Semoga apa yang tercoret dalam blog ini membawa manfaat terhadap sesiapa yang membacanya.

ahli BOWM.

IQRA'!!!


ShoutMix chat widget

Isnin, Mei 31, 2010

MENANTI SAAT-SAAT MALAM PERTAMAKU

begin.with.HIS.name
BISMILLAH


Menanti saat-saat malam pertamaku... 
Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah. 




Sabtu, Mei 29, 2010

Aku dan Mereka (narawastuilmu.blogspot)


Bismillahirrahmanirrahim... Dicopy dengan izin dari narawastuilmu.blogspot

Pict 1

"Akhi, ana layak ke bergelar seorang akh?"

Tugas semua Rasul Allah di seluruh zaman adalah mengalihkan manusia dari penyembahan makhluk kepada penyembahanKhaliq (pencipta), dan seruan mereka yang pertama kepada kaum mereka adalah; "Sembahlah Allah dan jauhilah berhala". (An-Nahl : 36). "Sembahlah Allah, tiada Tuhan bagimu selain Dia". (Perkataan ini disebutkan oleh Al-Quran melalui lisan Nabi Nuh, Shaleh dan Syuaib dalam surah Al-A'raf, ayat: 59, 65, 73 dan 85).

Indahnya, seandainya semua orang menyedari hakikat sebenar dakwah kita. Kejujuran dakwah kita yang hanya menyeru kepadaAllah, bukan selain dariNya. Bukan kepada persatuan kita. Bukan kepada pemimpin kita. Bukan kepada kita. Bukan kepada nama-nama atau negara-negara kita. Bukan kepada aset-aset dakwah dan tarbiyyah dan modul yang kita ada. Bukan kepada sistem teknikal jemaah yang kita anuti. Bukan kepada jemaah terbesar dan terawal di negara kita. Bukan juga menyeru dengan penuh kebanggaan kepada Jemaah terbesar di dunia. Tetapi hanya kepada Allah.

Krisis yang menimpa ummah kini, bukan sekadar niat mereka tidak jitu dan tepat kepada Allah, namun mereka saling tidak menghargai mukmin-mukmin lain. Dalam tidak sedar mereka, menentang dengan keras, malah mengkafirkan para duat lain yang ikhlas di jalan Allah. Lagi-lagi dalam kelompok duat Melayu yang sinonim dengan perasaan tidak senang melihat orang lain berjaya. Lantas, kerja yang berat ini bertambah bebannya, kerana orang-orang islam (baca : kononnya berjuang) yang dengki.

Tidak kurang pula, di setiap celah dakwah yang disampaikan ini, kita akan berjumpa dengan orang-orang yang samada sedang keliru, ataupun tidak ikhlas kerana Allah. Mereka mencari-cari erti diri mereka, menisbatkan keimanan mereka kepada Siapakah jemaah yang dituruti bersama ini. Dalam setiap perjumpaan mereka, mereka berbangga-bangga dengan kelompok mereka. Mereka membina ketaksuban dalam diri, hinggakan di suatu ketika dalam hidup, kebanggaan itu akhirnya dibeli dengan tarbiyyah terjual. Tarbiyyah yang sangat fundamental dalam mengenal erti ketuhanan, malangnya diabaikan demi keberadaan bersama jemaah yang ditaksubi secara total itu.

Apabila berada di ceruk dunia, tanpa sebarang ahli jemaah mereka untuk mentarbiyyah mereka, mereka lebih sanggup tidak ditarbiyyah daripada bersama dengan ummat islam lain yang mampu memenuhi keperluan mereka.

Mereka lupa, jemaah islam itulah jemaah mereka. Ya, usrah mereka atau katibah mereka adalah syura mereka dan itulah permulaan amal jama'ie mereka, namun perlu disedari, ummah inilah jemaah mereka yang sebenarnya, walau siapa yang berada di dalamnya.

Mereka lupa, jemaah itu tidak lebih daripada sekumpulan orang yang mengharap redha Allah. Allah itu matlamat mereka, ketetapan Allah itu undang-undang mereka. Dan jemaah yang wujud itu, bukan ekslusif seperti yang disangka-sangka. Ia bukanlah semata-mata sebuah persatuan rahsia yang siapa yang bisa menjadi ahlinya itu, mempunyai mustawar, tahapan iman tinggi memuncak. Dan selain daripada mereka adalah golongan-golongan bodoh dan slow. Bukan, bukan begitu.

Malah, silap jika mereka masih mencari-cari organisasi rahsia itu, menunggu masa diuji dan mengikat janji umpama Free-Masondan persatuan mereka; ada ritual rahsia, ikatan ukhuwwah yang sulit dan perjanjian darah yang menyesatkan. Kerana jemaah ummah inilah jemaah mereka. Dengan akidah mereka disatukan, kepada Allah mereka berserah, dan kepada undang-undang Allah mereka mengikat.

Dalam jemaah umpama jemaah solat fardhu sehari-hari, setiap orang yang berada dalam solat itulah anggota jemaah. Setiap mereka yang menuruti perintah amir untuk berada dalam pergerakan solat yang berhubung dengan Allah secara terus itulah jemaah. Makanya, semua orang yang bertelingkuh dalam majlis-majlis kita, mengikut peraturan kita, beramal seperti kita, dan matlamatnya itu Allah, memperbaiki diri untukNya, dan merekrut para kader untuk bersama seperti kita itulah ahli jemaah kita. Jemaah kita. Islam.

Undang-undangnya jelas:

Taat kepada Allah, Taat kepada Rasul, Taat kepada Qiyadah.

Taat kepada perintah Allah, di atas bimbingan Ar-Rasul, di bawah pantauan Qiyadah.

Al-Quran, As-Sunnah, Harakah.

Setiap ahli dalam jemaah ini, umpama batu bata. Setiap satu darinya itulah yang membentuk kepaduan jemaah. Tiada batu bata, maka tiada lah jemaah. Setiap satu daripada batu bata itu, perlu memainkan peranan yang sama, untuk mendirikan amal jama'ei yang penuh barakah dengan bimbingan islam.

Di sini, kata-kata seperti; akh yang baik adalah seorang murobbi terbebankan. Seorang peserta jemaah ini, perlulah terdiri daripada individu-individu yang sentiasa mengejar darjat 100% islam. Yang dalam dirinya tiada lain selain ingin berusaha 100% untuk menjadi 100% islam. Menjadi islami dari segala aspek hidup, hinggalah berdakwah dan mentarbiyyah, kerana kesemua peserta jemaah ini adalah pemimpin, setidak-tidaknya pemimpin dirinya dan keluarganya. Dan tanggungjawab seorang pemimpin yang paling asas adalah mentarbiyyah, agar segala amalan pimpinannya itu robbani, tidak lari dari tuntutan Allah.

Qiyadah dalam jemaah ini adalah imam yang wajib ditaati. Bukan kerana taasub, tapi agar solat dan ibadat ini tetap sah. Solat kita tetap untuk Allah. Seandainya sang imam terkentut, maka, bersiap siagalah ahli jemaah lain pula untuk menggantikan tempatnya, dengan peranan yang sama tanpa menjadikan mereka bertambah bongkak jiwa. Hanya kerana kita perlukan imam yang mengetuai pada setiap masa kita, agar jemaah ini terpandu tanpa khilaf.

Bukan untuk membina ketaksuban.

Akhi, ukhti,

Menjadi ahli jemaah dakwah ini, adalah dengan amal bukan dengan borang. Menjadi makmum dalam jemaah dakwah ini, bukan sekadar untuk membangga-bangga, tetapi menguji suatu ketaatan kepada Maha Pencipta.


Tegakkanlah tamadun islam dalam jiwamu, kemudian lihatlah kerajaan jiwa ini bangun seorang demi seorang... Ia akan menakluk dunia, bermula dengan jiwa kecilmu.

Pict 2

Betapa inginnya kami agar negeri ini mengetahui bahwa

mereka lebih kami cintai daripada diri kami sendiri.

Kami berbangga ketika jiwa-jiwa kami gugur

sebagai penebus bagi kehormatan mereka,

jika memang tebusan itu yang diperlukan.

Atau menjadi harga bagi tegaknya kejayaan,

kemuliaan, dan terwujudnya cita-cita mereka

jika memang itu harga yang harus dibayar.

Tiada sesuatu yang membuat kami bersikap seperti ini

selain rasa cinta yang telah mengharu-biru hati kami,

menguasai perasaan kami,

memeras habis air mata kami, dan

mencabut rasa ingin tidur dari pelupuk mata kami.

Betapa berat rasa di hati kami menyaksikan bencana

yang mencabik-cabik negeri ini,

sementara kita hanya menyerah pada

kehinaan dan pasrah oleh keputusasaan.

Kami ingin agar negeri ini mengetahui bahwa

kami membawa misi yang bersih dan suci,

bersih dari kepentingan peribadi, bersih dari kepentingan dunia,

dan bersih dari hawa nafsu.

Kami tidak mengharapkan sesuatu pun dari manusia,

tidak mengharap harta benda atau imbalan lainnya,

tidak juga kemasyhuran, apalagi sekedar ucapan terima kasih.

Yang kami harap adalah

terbentuknya negeri yang lebih baik dan bermartabat

serta kebaikan dari Allah – Pencipta Alam semesta

karya asal : RMDK 2007

diubah mengikut waqi' oleh: QalamQolbu

dicuri oleh: Hussaini




Rabu, Mei 19, 2010

Apa Tajuk Bab Satu Dakwah Anda?

Bismillahirrahmanirrahim...

Di bawah ni post yg diambil dgn izin dari http://www.saifulislam.com .. Artikel ni dah lama, dipost tahun 2006, tapi amat menarik sampai kini. Semoga memberi manfaat.

Hujung minggu baru-baru ini, syarikat saya diminta oleh pihak sebuah IPT menjalankan kursus kesedaran diri untuk pelajar-pelajarnya (KPPD). Ia adalah program yang dirancang secara ‘bidan terjun’ kerana pada masa yang sama fasilitator kami sedang menjalankan program bersama top management sebuah bank terkemuka di tanah air.

Isnin, Mei 17, 2010

yA mURoBBi

Bismillahirrahmanirrahim...

Jika hari ini seorang daei dimanefestasikan,
Jika hari ini dakwah ditransformasi,
Jika hari ini daulah Islam makin dihampiri,
Jika hari ini khilafah Islam tertegak kembali,
Semuanya bermula daripada seorang MUROBBI sejati...
Yang mendekatkan diriku kepada islam dan Ilahi...
Yang juga mengajar bagaimana hidup di dunia ini...
Terima Kasih wahai Murobbi!

nukilan: ust Zaidi Khalid

Angan-angan dan Impian

Bismillahirrahmanirrahim...
Ya! Gila punya masa hadapan jika KHILAFAH ISLAM masih tidak tertegak.
Bacalah kisah ini, fikir, renung, hayati, dan bekerjalah!

***

Masa Depan(kredits to: http://fdausamad.blogspot.com/ a.k.a SEMBANG KENCANG)

5 tahun dari sekarang, gua dah tak duduk di Malaysia. Masa tu Malaysia dah tak 1Malaysia, ada slogan lain yang lagi hype, yang pasti bukan Islam Hadhari. Inflasi sudah hilang kawalan, harga tiket bas Tg malim pergi Kuala Lumpur dah sama naik dengan harga tiket Kapal terbang Kuala Lumpur pergi Pulau Pinang di zaman sekarang. Itu belum cerita harga minyak masak, gula dan beras. Ayam goreng pula dikategorikan sebagai makanan untuk golongan berada dan banyak duit, bukan lagi makanan untuk pengunjung kedai mamak Pelita yang rata rata pakai bergaya tapi duit tak berapa nak ada. Selain itu, budak baru lahir juga tak payah pakai surat beranak, masing masing nurse kasi log in new user Fesbuk sejurus selepas mereka lahir ke dunia.


Orbit di masa depan, tak sama dengan orbit di masa sekarang. Hukum alam pun turut berubah, Malaysia bukan lagi negara khatulistiwa, tapi bertukar status menjadi negara 4 musim macam di United Kingdom zaman sekarang. Manakala di United Kingdom pula, cuacanya berubah menjadi panas terik gila babi macam negara Afrika barat sekarang. Teori bumi berputar mengelilingi matahari pun orang dah tak percaya. Ada teori lain yang lagi gempak, orang islam yang jumpa, nama dia Halim, budak genius umur baru 4 tahun duduk di Indonesia. Tapi gua tak boleh nak beritahu lu orang lagi, biar Halim sendiri yang ceritakan teori dia nanti. Udara bersih pula dah jadi barang dagangan sama macam air mineral di zaman sekarang. Udara ada jual di kedai runcit dan supermarket berdekatan, tak mahal sangat kira kira dua ringgit untuk dua puluh kali sedut. Kalau nak bernafas pakai udara biasa pun boleh, tapi ada risiko mati cepat sebab udara biasa zaman yang gua cerita ni banyak sangat karbon monoksida dan asid arsenik.

***

Tapi, mungkinkah ini yang terjadi setelah khilafah islam tertegak?


***

Ok, sambung balik pasal diri gua..
waktu ni gua sudah menetap di Doha, Qatar. Gua kerja di sana sebagai eksekutif pemasaran gas. Cikgu kuala kubu dah tak kerja cikgu, gua suruh duduk rumah belajar jadi doktor dan jadi enjineer sekaligus. Gaji gua masyaAllah punya la banyak sampai gua tak reti nak kira pakai matematik. Rakyat Qatar pula dah tak pandang duit atau hal ehwal dunia, mereka semua menghabiskan masa beribadat di rumah dan menerima USD25,000 setiap bulan dari kerajaan sebagai wang ehsan untuk beli makanan sedap sedap. Setiap hujung bulan, gua bawak keluarga gua naik kapal terbang peribadi pergi buat umrah di Mekah. Kalau kerja tak banyak, hari jumaat gua lari kejap pegi masjid Nabawi semayang jumaat di sana.
 Masa tu gua dah berenti tulis blog, tengok youtube atau apa saja yang ada hubungan dengan internet, semua gua tinggalkan tanpa rasa menyesal. Minat gua lebih tertumpu pada aktiviti usrah, keagamaan dan penyatuan ummah di sekitar jazirah arab.


Oohhh lupa gua beritahu... negara palestin dah jadi seratus peratus negara islam.Penduduk yahudi di palestin pula terpaksa berhijrah ke Amerika kerana 
ada kepercyaan baru dalam kitab mereka yang bagitau tanah suci bani israel sebenarnya di California, bukan di palestin.


Dekat Amerika, iklim di sana tiba tiba jadi 6 bulan siang dan 6 bulan malam macam kutub utara sekarang, kepesatan ekonomi di Amerika terus terbantut dan terbarai. Ini memberi peluang pada umat islam ditanah arab menguasai ekonomi dunia melalui didikan Al Quran, hadis dan fatwa ulama. 
Pegangan saham Mekdonald, KFC, Starbucks, Google, Fesbuk, Mikrosof dan Pringles bertukar milik kepada orang islam. Lu orang jangan salah faham, penjualan saham saham ni semua ikut jalan Open market, takde main 'kawteam-kawteam' bawah meja.


Tapi makanan makanan dan applikasi teknologi ini menjadi masalah pula pada orang orang Kristian dan Yahudi sebab pada mereka ianya haram di makan dan digunakan. Mereka takut nanti duit beli benda benda ni umat islam pakai buat beli peluru dan senapang untuk berperang. Padahal umat islam dah lama tinggalkan peperangan. Berperang pun tidak memberi erti sebab orang orang kafir pada waktu tu sangat lemah dan takde kekuatan.


Oleh kerana pada masa akan datang ni orang kafir sangat lemah, dan umat islam pula semakin kuat dan kaya serba serbi, maka gua kena menyelesaikan satu persoalan paling aula dulu, iaitu menyiapkan resume cantik cantik untuk dikirimkan ke Doha.

Kalu resume tak siap, takde la gua kerja di Doha, bila gua tak kerja di Doha, tak dapatla gua pegi umrah setiap bulan. Halim pulak tak tahu la boleh buat teori ke tidak. Semua hal yang gua cerita pun entah entah tak menajdi.


Maka pengakhirannya, dudukla gua di Tanjong Malim tulis blog dan main Fesbuk dengan lu orang macam sekarang sampai tahun 2058. Gila punya masa depan!

***



Ahad, Mei 16, 2010

Tribute buat Madrasatuna


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum WBT

Sedikit tribute untuk sekolah kita semua. Baru-baru ini sekolah ana baru sahaja mengadakan ihtifal. Manakala hari ini, kita meraikan jasa para murabbi melalui sambutan Hari Guru.

Mungkin kita selayaknya terasa sedikit sentimental, mengenangkan ini kali pertama menyambut Hari Murabbi sebagai bekas pelajar..

Sedikit tribute untuk semua anggota organisma hidup tarbiah yang bergelar Sekolah Islam ini...

Buat para Ahli Lembaga Pengelola (ALP):

"Pakcik-pakcik dan Makcik-makcik yang saya hormati, saya pasti masih segar ingatan pakcik-makcik bagaimana sekolah ini bermula. Bermula dari sifar dan serba kekurangan, sekolah yang diasaskan di atas takwa ini, insya-Allah, adalah pelaburan yang paling bermakna, di dalam dunia yang sedang kehausan tarbiah, bagi mengharapkan redha Allah SWT.

Ia jalan yang sangat panjang, tapi yakinlah, dari ratusan benih yang dituai, sudah kelihatan kuningnya hasil yang hampir masak untuk dituai. Padi yang matang, yang akan menghasilkan ratusan lagi benih-benih yang bakal memenuhi dunia dengan keharmonian Islam. Allah sahaja yang boleh mengukur sumbangan kalian."

Buat para guru:

"Kalianlah insan yang saya kagumi. Kalian merupakan manifestasi nyata bagi golongan manusia yang menjual dunia untuk akhirat. Banyak lagi kerja yang lebih mudah, dan lebih lumayan yang kalian mampu pilih, tetapi kalian memilih untuk melabur dalam saham akhirat dengan membentuk manusia pewaris perjuangan ummah.

Jalan kalian bukan jalan yang mudah. Membentuk manusia ibarat titisan air yang membentuk batu secara beransur tanpa henti.

Guru bersilih ganti, tahun demi tahun, tetapi khusus buat mereka yang masih setia menjadi murabbi, semoga setiap detik kalian bersama sekolah dicatat sebagai amal soleh hasil keikhlasan kalian. Moga setiap amal kebaikan kami para pelajar, mempunyai saham pahala buat kalian atas tunjuk ajar kalian semua."

Buat para ibu bapa:

"Kalian diberi amanah oleh Allah berupa anak yang setiap seorang mereka adalah unik. Semoga kalian terus mendidik tanpa jemu, kerana kalianlah guru pertama. Kalianlah pelindung kepada anak-anak kalian dari bahaya jasadiah dan fikriah, yakni perkara yang membahayakan fizikal dan perkara yang membahayakan mental serta jiwa, yakni serangan jahiliah.

Semoga kami anak-anak bakal menjadi penerus amal soleh kalian biarpun setelah kalian meninggalkan alam yang fana ini."

Buat para alumni:

"Walau sejauh mana pun kalian membawa diri, janganlah kalian lupa dari mana kalian bermula. Kalian membawa risalah Islam yang merupakan suatu amanah yang akan kembali menuntut kalian di akhirat jika kalian mengkhianatinya.

Kalianlah penerus perjuangan, pengganti para guru dan ibu bapa, para pakcik dan makcik, generasi sebelum kita setelah mereka tiada. Adakah diri kita sudah cukup matang untuk memikul tanggungjawab ini? Jika anda menjawab tidak, bukan salah insan yang mendidik anda, melainkan kita sendiri yang perlu memperbaiki diri kerana bersedia atau tidak, tanggungjawab yang diserahkan itu adalah wajib.

Di mana pun kalian, jagalah (hak) Allah, Allah akan menjaga kalian. Ingatlah Allah, Allah akan mengingati kalian. Dan bantulah (agama) Allah, Allah akan membantu kalian."

Buat para pelajar:

"Kalian adalah insan yang terpilih oleh Allah untuk menerima risalah Islam yang hakiki. Waktu sekolah adalah waktu yang penuh warna-warni kemanisan tarbiah. Lima tahun adalah waktu yang singkat. Binalah kekuatan ilmu, takwa dan kematangan. Tampung segala kejahilan dan kekurangan. Bersihkan diri dari semua kotoran jahiliah yang lebih berbahaya dari virus H1N1 kerana manusia yang terpesong, nerakalah tempatnya. Lima tahun adalah waktu yang singkat. Andai kalian tiba saat seperti kami, saat untuk meninggalkan sekolah dan berhadapan dengan jahiliah dalam bentuknya yang sebenar, dan kalian belum bersedia, masa itu tidak dapat diputar kembali. Kalian akan kesusahan untuk mencari semula ilmu dan tarbiah yang hilang.

Kecemerlangan, kejayaan dan kehebatan peribadi itu dicari, bukan mencari. Jika anda melihat seorang pelajar yang hebat akademiknya, akhlaknya, kepimpinannya, ibadahnya, ucapannya maka itu adalah hasil pencariannya selama bertahun di sini.

Janganlah terasa berat untuk meninggalkan pengaruh jahiliah yang kita minati. Takut-takut semua itu akan menjadi cangkuk berduri yang cuba menarik kita ke dalam jahanam semasa melintas titian sirat nanti.

Janganlah merasakan cukup untuk berada di saf belakang perjuangan. Sekolah kita berdiri untuk melahirkan barisan pertama dalam perjuangan yang bakal menjadi ikutan masyarakat di belakangnya. Anda dikira produk yang kurang menjadi jika hanya ingin menjadi watak sampingan, sedang dunia memerlukan rijal yang mencurah segala kemampuannya, jiwa dan tenaganya ke jalan Allah."

Maaf. Kata-kata yang mendalam, tetapi untuk direnung dengan mata hati sedalam-dalamnya, dan diterjemah dalam bentuk keperibadian yang bekerja untuk Islam. Jangan pandang orang lain, soallah diri anda sendiri. Tribute ini ana tujukan buat anda secara peribadi, walau siapa pun anda.

Terima kasih buat semua yang berjasa, sama ada secara langsung atau tidak. Kepada semua juga khususnya buat yang berada dalam saf perjuangan, kiriman robitoh menjadi pengganti diri yang tiada.. Sebagai pengikat hati yang bernaung di bawah Cinta-Nya..

Wallahu a'lam.

"Dan hendaklah ada segolongan daripada KAMU (kalau bukan kamu, siapa lagi?) yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh melakukan yang makruf, dan mencegah kemungkaran. Dan mereka itulah golongan yang memperolehi kejayaan (hakiki)" (Quran, ali-Imran, 3:104)

Ps. Hidup ini ibarat bunga api. Naik ke langit bersama, lalu pecah mengikut arah masing-masing. Lalu menghilang. Padam.

Khamis, Mei 06, 2010

Doakan...

Bismillahirrahmanirrahim...
Sedikit pemberitahuan... Sahabat kita Munzir, abangnya Mus'ab baru sahaja pagi tadi disahkan positif H1N1... Beliau sedang dikuarantin... Beliau, Muhammad Mus'ab bin Muzahar antara ikhwah yang komited menggerakkan dakwah di Terengganu khususnya melalui KRJ (KBM, ISK, dll.. tapi most important, usrah) dan juga dalam isu Palestin..

Doakan beliau sekeluarga agar diberi kesihatan dan kebaikan dari sisi Allah SWT...

Rabu, Mei 05, 2010

RiJaL uMMaH....


Bismillahirrahmanirrahim...

Rijal engkau tunggak perjuangan
Bersiaplah menuju medan
Rijal tenaga mu kerahkan
Bersatu menegakkan islam

Rijal ummah kini ternoda
Kedaulatan islam tiada
Pada mu harapan agama
Kembalikan kemegahannya

Rijal sejati tidak pernah jemu
Untuk berusaha mencari ilmu
Juga sentiasa bekerja
Ilmu tanpa amal tak guna

Kini sudah tiada masa
Kerja lagho tiada berguna
Tugas mu rijal membina ummah
Sebarkan Islam agama rahmat

Di dalam perjuangan ini
Dengan cubaan kau kan diuji
Tiada guna takutkan mati
Di dalam menuju ilahi

Read more: http://narawastuilmu.blogspot.com/#ixzz0n0m6TjxM

AtTabi'ien