bermulanya di sini

bermulanya di sini
DENGAN NAMA ALLAH

AHLAN!

SELAMAT DATANG kami ucapkan.
Semoga apa yang tercoret dalam blog ini membawa manfaat terhadap sesiapa yang membacanya.

ahli BOWM.

IQRA'!!!


ShoutMix chat widget

Ahad, April 18, 2010

sesuci hati si DA'IE

Alhamdulillah pada kesempatan ini, ana disempatkan oleh Allah untuk sekali lagi memberi pengisian rohani kepada sekaliannya yang ternaung di bawah payung Rabithah. Moga kemesraan kita digembur untuk menyubur hati, iMan dan rohani.




فبما رحمة من الل لنت لهم، ولو كنت فظا غليظ القلب لا نفضوا من حولك، فاعف عنهم و استغفرلهم وشاورهم في الأمر، فإذا عزمت فتوكل على الله، إن الله يحب المتوكلين

Maka berkat rahmat Allah engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersifat keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan untuk mereka, dan berundinglah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian, setelah engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal

Pertama, sifat seorang da'ie mithali ialah berilmu, tapi tidak pernah menolak pandangan orang lain. Biarpun orang mengatakan bahawa dia mempunyai ilmu yang luas membanjir laksana lautan, tapi bila insan lain menegur, dia seumpama padang yang kering menyerap air dan memberi respon umpama ladang buah yang subur. Lembutnya seorang da'ie itu hinggakan bila dia membetulkan pendapat seseorang tiada istilah menolak pendapat, kecuali membetul. Kerana, pendapat yang salah tidak hanya ditolak melainkan adanya dorongan kepada yang betul.
Kedua, sifat seorang da'ie ialah memandang semua orang sebagai mad'unya, semua orang adalah objek dakwahnya. Termasuk dirinya. Selain menyampaikan da'wah sesuai kepada tahap dasar ilmu mad'u, dia juga mesti belajar menerima nasihat daripada orang lain. Mencegah getusan-getusan buruk dari dalam hati. Mendengar bisikan iman.

Ketiga, ada ketikanya dia perlu marah. Bila keadaannya mendesak. Dia merasakan dia perlu marah, maka marahlah di atas jalan yang dibenarkan. Bila marahnya dia, semua insan tahu bahawa ada ketikanya seseorang da'ie perlu kepada marah. Tapi, kemarahannya perlu ikhlas kerana Allah.

p/s : buat post yang lalu, ana terpaksa memahamkan entum dengan cara begitu. Ana merasakan keperluan. Kerana bila kita hendak mengatakan seseorang hendak memfitnah kita, perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah memastikan diri kita tidak melakukan sesuatu yang mengundang kepada fitnah. Soal tudung, ana rasa ada perlunya ditinggalkan semua yang mengundang kontroversi. Walaupun kita sedia tahu hukumnya 'BOLEH'. Tapi, ia tetap sekadar 'boleh' dan ia bukannya 'wajib'. Kita tapiskan saja, ambil yang benar-benar hampir kepada islam. Memang ada kalanya perkara yang 'boleh' itu lebih selesa, tapi andai kita mengerti adanya perbezaan darjat bagi yang bersabar, anda akan bersegera kepadanya. Oleh kerana diri ana ini sungguh khilaf hingga terkadang tidak mampu menjaga pandangan, ana memohon agar pihak sebelah sana melabuhkan pakaian agar tidak menjadi mangsa si pendosa seperti ana.

Ana faham. Anggaplah post yang lalu bukannya teguran, tapi rintihan ana untuk memohon bantuan. Atas ihsan semua, berubahlah untuk membantu diri ana yang khilaf.

Tiada ulasan:

AtTabi'ien