bermulanya di sini

bermulanya di sini
DENGAN NAMA ALLAH

AHLAN!

SELAMAT DATANG kami ucapkan.
Semoga apa yang tercoret dalam blog ini membawa manfaat terhadap sesiapa yang membacanya.

ahli BOWM.

IQRA'!!!


ShoutMix chat widget

Ahad, April 18, 2010

kita SEMUA sama

Buat kesekian kali. Bahkan juga telahpun kuulang berkali-kali. Hati manusia yang sering khilaf. Khilafnya tiada siapa yang mampu menutup, melainkan sahabat yang sejati. Ana masih mencari, di dunia ini. Siapa yang sudi berbai'ah dengan diriku. Supaya membantu menempelkan koyak di baju iman ana.

Jika jari terluka, jari tidak menangis. Jari sungguh tabah. Tapi, mata yang melihat pula menangis. Empatinya, kasihan melihat jari yang terluka. Air mata mengalir, masuk ke mulut. Oh, Si Mata sedang menangis rupanya. Melihatkan mata menangis, mulut tidak gemar. Dia pun berikhtiar untuk menghentikan tangisan mata. Lalu, dibawanya jari ke dalam mulut, menyembunyikan kesakitan. Lama-kelamaan, luka pun berhenti mengalirkan darah. Mata pun berhenti menangis. Begitulah kita. Hakikatnya, insan mana yang tersilap, ada insan lain yang bersimpati. Tapi, kita khilaf.

Kita mampu berdiri atas kemahuan sendiri. Hingga mata kita tidak lagi menangis melihat hati saudara kita yang kita lukai. Menegur tidak lagi berdasar ikhlasnya cinta Rabb. Tapi, bait-bait cinta Allah dijadikan 'ayat sendiri'. Uh, betapa terlukanya Allah melihat hambanya. Tidak pula bersegera istighfar [astaghfirullah]. Ana mahu jadi yang pertama meminta ampun.

Bait kata SiPenyusunKasut~ sungguh tidak bererti. Engkau pernah melukai hatiku. Tiada maaf bagimu. Akan aku tendang engkau langsung ke neraka. Tapi, jika aku ke neraka?. Mahukah dia, SiPenyusunKasut~ menyelamatkan aku?. Di sini, saya SiPenyusunKasut~ membalas "Ya!, ana inshaAllah akan menyelamatkan enta.". Ini bukan soal baik hati, tapi soalnya dia pernah mendengar teguran SiPenyusunKasut~ yang mustahil didengari, teguran yang kasar lagi biadap.

Fitnah masih merata. Untuk menjadi insan yang baik, segah banjaran Himalaya harus dihempap ke pundak. Bukan mudah. Sahabat seperjuangan datang membisikkan Husnu Dzann. Dia kembali kuat.

Ketika hati futur, kau sahabat menghulur bangku untuk aku duduk berehat sebentar.

Kau sahabat sejati. Engkau amat baik. Mulia di hatiku. Namun, bila aku menegur dengan pedang nasihatku. Kenapa tidak kau hulurkan kelemahanmu untuk aku cantas?. Alasanmu, caraku menegur tidak cukup berhikmah. Walhal engkau tidak tahu. Si dia sengaja merancang begitu. Agar engkau pula belajar 'menerima' nasihat dengan cara yang berhikmah.

Ana tahu, enta juga mencintai Allah. Kerana itu, ana sudi mengajarkan segala cara agar kau bisa merasai cinta Tuhan seperti yang aku rasai. Menunggu engkau pula mengajariku.

Kita semua sama, atas hati semua. Setiap insan sedang berusaha mengikis karat maksiat. Allah Maha Lemah Lembut. Kerana itu ana mahu memberi pengajaran dengan lemah lembut, juga ana suka jika menerima teguran dengan lemah lembut.


Atas ukhuwwah yang terbina, atas ikatan rabithah. Dunia dipinggir. Kita juga akan dipinggir ahli dunia. Walau ahli akhirat terasa jauh, ukhuwwahnya sentiasa terikat hampir. Aku cinta kamu kerana Allah juga mencintai kamu. Tidak sekali aku membenci kamu, kecuali kejahilan yang berada dalam dirimu. Cintailah sesiapapun kerana Allah akan mencintai mereka yang berkasih sayang keranaNya.

Ayuhlah kembali bersatu, tampalkan keretakan yang melukai dengan sangkaan baik. Ayuh, ana mulakan dahulu. Ana sudahpun memaafkan kalian. Ana pun masih ada yang tidak puas hati. Tapi, imanku berkata begini
"tak payah gaduh-gaduh selesaikan perkara yang tak puas hati tu.. barulah manis hidup bila ada benda yang tak puas hati, tapi tergantung..".
"Weh iman, ente buat lawak ape ni?.. Beghak nane la.. Takpe2 kita gelak dulu.. Hik3..".
Selesai begitu sahaja. Ana tidak tahu kenapa hatiku tenang. Tapi, su'u dzann itu sudah tiada.

Nah, sekarang siapa yang sudi menegakkan Islam? Aku mahu melihat siapa yang sudi bersama aku. Siapa juga yang sudah bersatu dalam mahabbah "Ahubbiy ma'akum?"

2 ulasan:

SiPenyusunKasut~ berkata...

Saya join !....

Muhammad berkata...

Wallahu a'lam, ana terasa diri ini bukanlah orang yang paling layak, bukanlah orang yang paling rapat dengan ent, bukan orang yang paling mengenali ent. Tapi jika benar niat enta menegakkan Islam, walau siapa pun enta, tidak sayugialah ana berkata 'Tidak'? Sedangkan doa rabitah menjadi saksi, kalimah 'ta'aahadat 'alaa nusrati syarii'atik'. Mungkin kita bertemu beberapa detik sahaja, tapi... ana join, agar beberap detik interaksi itu digunakan untuk membantu Islam.

AtTabi'ien