[Sorot cahaya daripada kamera tidak bernyawa; melihat aku berdialong bersama adikku]
Di longkang itu ada binaan kecil. Aku menambak simen untuk membuatnya semacam kolam ikan kecil; diduduki ikan peacock dalam bahasa kelantannya. Menjadi!.
Beberapa bulan berlalu, aku kembali ke situ melihat ada sedikit pengubahsuaian. Sanai! pasti dia. Aku memanggil adikku yang agak sering membuat kerja-kerja yang gila-gila. Dia memandang paparan tanpa pancaran projektor itu dengan wajah serba salah.
"Sanai buat, kan?""...", dia diam.
Aku menyambung.
"Iyadh dah kata kan, jangan buat. Sanai bukan tau pun"."Biar la, lagipun jadi kan Sanai buat?".
Aku duduk hampir dengan tambak mini itu, menguis dengan jari sahaja bahagian tambahan Sanai hancur. Macam bancuhan kapur dan pasir. Aja.
"Tengok, mana jadi. Rapuh""Tapi kaler dia sama kan? Asal lak boleh hancur?""Tula Sanai tak paham"
Kemudian aku menerangkan kepada adikku yang seorang itu, bahawa sebenarnya perkara utama dalam binaan bukanlah sifatnya yang sama warna. Kerana apa yang menjadikannya kukuh bukanlah warna itu sendiri, tapi kandungan simen itu. Sedangkan binaanku masih tegak kukuh.
Sedang aku di saat memikirkan perkara ini dalam JLS memandang ke luar tingkap tempurung besi bertayar empat itu. Suasana memenuhi kehijauan di sebelah kiri dengan kemerahan tanah merah bersama construction yang belum sempurna.
Dalam dunia ini kita diajar untuk faham, bukan tahu. Dan kita bukanlah dididik untuk memahami atau mengetahui, kerana yang faham itu adalah diri kita sendiri. Tiada sesiapa yang mampu membumikan atau menanamkan kefahaman kepada diri kita. Walaupun engineer seperti di dalam muvi Inception itu benar-benar wujud. Mustahil.
Kita perlu faham bahawa yang menjadikan kemenjadian sesuatu itu adalah bahan utamanya. Seperti kejayaan itu kuncinya kerajinan, bukan kerana pandai. Dalam kisah ini, bahan asas ialah simen dan bukanlah warna. Kerana yang mengeras dan melekat itu adalah simennya bukanlah ukuran warnanya. Yang penting untuk kita kuasai adalah kefahaman. Sepertimana mahaguru-mahaguru silat memahami nature pergerakan musuhnya bergerak, mahaguru-mahaguru akan engineer pergerakan yang tidak diketahui musuhnya untuk menyerang balas. Sepertimana pemanah memahami bahawa untuk busur panah mengenai sasaran tidak cukup dengan mengacu tepat ke arah sasaran, tetapi juga mengabil kira halaju angin dan juga rintangan-rintangan lain.
Seperkara lagi yang perlu kita fahami ialah, kita perlukan lebih daripada sekadar faham. Kita perlu menguasai. Kerana dengan memahami, kita mampu menjurutera idea sendiri.
Seperkara lagi yang perlu kita fahami ialah, kita perlukan lebih daripada sekadar faham. Kita perlu menguasai. Kerana dengan memahami, kita mampu menjurutera idea sendiri.
Begitulah akhi, hidup di jalan dakwah. Kita ingin menyampaikan islam kepada hati manusia. Harus memahami nature jalan dakwah. Islam tidak mengasari bahkan melembuti. Islam tidak keras bahkan fleksibel. Islam bukan sekadar memberi ceramah tetapi nasihat seorang sahabat. Islam segalanya positif. Yang menjadikan Islam itu negatif itu KAMU.
Just diriku yang hina,
Si Penyusun Kasut~
1 ulasan:
salam akhi.
alhamdulillah. sangat bermanfaat utk situasi ana kat sini skrg :). best!
Catat Ulasan