bermulanya di sini

bermulanya di sini
DENGAN NAMA ALLAH

AHLAN!

SELAMAT DATANG kami ucapkan.
Semoga apa yang tercoret dalam blog ini membawa manfaat terhadap sesiapa yang membacanya.

ahli BOWM.

IQRA'!!!


ShoutMix chat widget

Sabtu, Mac 20, 2010

Novelku senjata dakwahku

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum WBT
Salam ukhuwwah buat sahabat-sahabat seperjuangan, yang berpegang kepada petunjuk Allah.

Ana menaip dari laptop di Hotel Pacific, di sebelah PWTC, KL, di dinihari, 4 pagi Sabtu, 20 Mac bersamaan 4 Rabi'ul Akhir bagi berkongsi DUA pengalaman.

Pengalaman pertama:
Mungkin ada yang dah dengar khabar, sahabat antum Muhammad Irfan Bin Bahrin telah berjaya mencapai 15A straight dalam SPM 2009.

Perkara ini sesuatu yang patut dibanggakan. Oleh pihak sekolah, bukan oleh ana. Segala kurniaan itu dari Allah. Ia pinjaman, maka ana pulangkan kepada-Nya. Cuma sekolah boleh berbangga, bukan bererti takabbur, tetapi izzah dengan pendidikan Islam mampu melahirkan prestasi akademik yang baik.

Antum bagaimana?

Ana ditemu bual saudara Khairizal dari Skuad Cakna Sinar Harian Kemaman, jadi pada Khamis, 18 Mac, artikel tentang M Irfan pelajar 15A dimuatkan dalam Sinar Harian Terengganu, muka surat T9. Separuh muka. Gambar pun besar hehe. Sir Malik dan ayah ana, En Bahrin yang turut ditemu bual pun ada dalam gambar.

Tapi bagi ana yang penting bukan publisiti ana, tapi publisitikan Al-Amin yang tercinta. Ana tak perlu jadi glamour. Tapi Al-Amin dan pendidikan Islam yang perlu dipromosikan.

Pengalaman ke-2:
Bagi mereka yang masih belum maklum, ana sejak dari Form 4 telah menulis sebuah novel fantasi Islamik bertajuk "Aldarien: Tiga Persilangan".

Wallahi ana tidak berminat untuk menjadikan novel ini bahan picisan atau bahan bacaan yang sia-sia yang melalaikan ummah, tapi niat ana adalah untuk memberi pengajaran dan membuka minda manusia.

Jadi ana tidak akan sekali-kali meletakkan novel ana setaraf Harry Potter, Spiderman dan sebagainya, kerana novel ana tidak lain merupakan medium dakwah secara halus dalam peperangan fikiran yang sengit yang dibintangi pihak Islam dan para musuh Allah. Jika mesej yang diselitkan ada terpesong dari matlamat ini, maka itu adalah kekhilafan penulis yang lemah ini.

So alkisahnya, siangnya Jumaat 19 Mac ana ke Pesta Buku PWTC. (Aiseh, terserempak Akh Iyadh hehe..) Tujuan ana lain daripada yang lain.

Betul, ana nak mencari buku2 berkualiti untuk dibeli buat santapan minda dan jiwa, tetapi ada sebab yang lain. Sampaikan parents ana sekeluarga sanggup ke KL untuk ana khususnya, bukan sebab urusan bisnes dll.

Sebenarnya ana nak bertemu publisher untuk novel ana. Manuskrip telah ana hantar melalui internet, beserta pengenalan diri, tapi itulah pertemuan pertama face to face.

Ana ke booth PTS (ada belon besar macam yang biasa atas supermarket). Jadi, dalam kesibukan manusia, perbincangan dibawa ke luar dewan. Ana bertemu Puan Liza (bukan nama sebenar) yang menguruskan bab novel fiksyen remaja untuk PTS Publications.

Secara ringkas, responnya positif. Novel ana ada potensi, tapi dalam 2 minggu lagi, baru Pengerusinya beri keputusan lulus. Dia jelaskan apa yang perlu dijelaskan, dari segi prosedur serta hal-hal berkaitan. Perbincangan 2 hala tu, secara peribadinya, membuka mata ana kepada masa depan yang cerah dalam dunia penulisan.

Dan bila novel ana diluluskan, ia akan diterbitkan dalam masa tidak lebih 2 bulan. Jadi tolong2 doakan. Bukan untuk ana, tetapi untuk novel ini membantu dakwah Islam.

Dari pertemuan tersebut, ana dapat tahu bahawa ada beberapa mitos yang menghantui bakal-bakal penulis (tetapi rupanya mitos belaka):
Mitos 1: Semua penerbit di Malaysia tidak boleh dipercayai.
Mitos 2: Orang Malaysia tidak baca buku.
Mitos 3: Buku yang diterbitkan sukar dijual.
Mitos 4: Pengarang tak boleh kaya (Puan Liza cerita, ada yang bukunya terjual lebih 100,000. Orang Malaysia tu).

So novel ana still pending, dan ana memerlukan doa kalian. Kalau dah keluar (keluaran PTS Fortuna), silalah beli ya (hehe ads).

Salam ukhuwwah
Irfan Tganu

Tiada ulasan:

AtTabi'ien